Feb 21, 2010

The Biggest Loser ASIA







One of my faveret TV show currently..tapi cuma sempat tengok siaran ulangan kat Hallmark Chanel every Sunday night..Kagum tengok contestant2 yang bersungguh2 mengambil peluang dan cabaran untuk menguruskan badan dorang..

Lagi2 bila tengok trainer untuk 'The Blue Team' Dave Nuku..ayoo! bergelora nokk..

Kevin..Big Boy in the show...




Tak sabar nak tengok mamat ni..bila dia kurus nanti..

Tapi macam lain2 realiti program, penyingkiran peserta tetap ader, cuma bukan pakai sms..tapi ahli pasukan tew sendiri yang decide untuk singkirkan ahlinya yang dianggap lemah, hilang fokus dan tak memberi kerjasama dalam kumpulan..erm, lebeh kurang cam siri survivor jugak lah kot...
Bagus gak bila ader program2 macam ni,atlist ianya memberi semangat kepada golongan2 Gerga kat luar sana..Kalau nak kurus pasti akan ader caranya, cuma tanya hati nak atau taknak jer..
Bagi aku pulak..Biggest loser asia bolehlah dianggap sebagai amaran bagi aku supaya stay in shape..aku tau aku taklah se'slim' macam dolu2..tapi asalkan bentuk badan aku tak naik and as long as im healthy..kira ok lerr kan...



Feb 16, 2010

GLEE....

Sentap sangat2 bila plan nak gi Seremban arituh tak jadi..ader jer halangan..tapi nak buek camaner?? redha dan pasrah jerlah.Ujung2 aku lepak rumah jugak..bapak lerr bowring gilerr..sib baik ader anak2 buah aku so tak sampai jadi gila betul2 lah kenn..
Ok jugaklah kann.atlist aku tak perhabiskan duit aku yang adoo nih awal2..

Hari ni start kerja pas 2-3 hari cuti..tapi suasana sunyi sepi jerr..ramai lagi staff2 yang extend cuti..aku baru pas sudahkan minit meeting hak minggu lepas..rasa malas pulak duk kaunter so aku godek2 la internet sambil2 menaip entry..

Time duk rumah aku banyak spent masa duk ngadap depan tv..ialah kenn, kalau hari kerja aku jarang nak layan2 tv nih..sempat gak tengok beberapa episod citer GLEE kat StarWorld..yang kengkononnyerr tengah hangat diperkatakan kat amerika sana nun..

well Not bad..cos group Glee ni ada yang Nerd, gay , Oku, hot chick, jantan kendu..pompuan gerga bagai..bersatu dalam mengejar dan memperjuangkan apa yang dorang minat iaitu muzik..
Sambil menjalani kehidupan sebagai remaja di sekolah tinggi yang penuh suka duka kaedahnyerr..erm, feeling2 remaja lah pulak kenn..


Selain cast2 dierr ader yang kendu2 ..especially Mr.Shuester tuh..well he remind me.. Basri my good office mate..

Tak sabar nak tengok episod2 yang akan datang...so untill then..bye.

Feb 10, 2010

Cuti....



Bestnyerr, cuti panjang sempena tahun baru cine nanti..Aku, plan nak jalan2 Seremban..lebih kurang setahun gak aku tak menjenguk mak hayam2 kat sana..rindu seh..

Tapi yang mendukacitakan bila Zul Kacak tak jadi pulang ke tanah air dari Papua New Guinea sebab..tiket kapal terbang dia kena rampas dengan jabatan pencegah maksiat katanya...

Aku tau Zul ko begitu sayang nak tinggalkan Kepulauan Papua sebab masyarakat kat sana begitu menyanjungi ko..ialah ko kan paling kacak di antara jantan2 paua kat sana kenn..

Aper2 lah Zul..yang penting aku tau ko tak jadi balik sebab ko aderr orang lain kat sana kenn..tegar ko Zul mendua kan aku..Setelah sekian lama aku menanti kepulangan ko tapi sedap2 jerr ko cakap tak jadi balik..semuanya gara -gara


Puki2 Papua ni kann...?

Apa2 pun aku doakan semoga ko bergumbira kat sana..dan jangan sesekali lupa untuk pulang ke tanahair bila ko dah kaya raya nanti...

Lastly..nak wish to uolls, selamat bercuti dan selamat tahun baru Cina...



Feb 1, 2010

Corat Coret..

Lama tak update entry..sooo busy uolls.Mana nak kerja lagi, mana nak bergosip lagi..gitew..Line internet pun tak berapa ok sejak 2 menjak ni..So tak ada arah lah nak menaip entry.

Kalau ikutkan hari ni jadual penuh..nak jaga kaunter, nak balut buku, nak susun buku bagai..nak2 lagi petang nanti ader latihan koir..wajib hadir tew..belum tolak time aku nak berangan dan feeling2 chantekk kat ofis lagi...chantek kerr??

Sebelum aku nak memulakan tugas2 rutin aku tew, aku nak jugaklah curi skett masa yang berharga ni untuk mencoretkan kesah2 yang ku lalui seharian.Tak lah sehebat mana, hari2 yang aku lalui semuanya serba simple.Pergi kerja, balik kerja..hari minggu pulak lepak kat my hometown..takderlah aku pergi bercuti kerr ke tempat2 yang vast kerr..jumpa artist meletop kerr..atau dating dengan ciktans kendu bagai..

Benci..muka aku terkena percikan minyak panas kat dahi dan dagu..meninggalakn kesat parut yang amat menyakitkan hati bila di tengok..sajerk jer nak menambahkan bilangan parut2 kat muka aku yang menggerutu ni kenn..

Feeling2 wanita bertudung hitam jap...

Atas nasihat Lady Gerga..sahabat ku yang jauh berada di Pedalaman Monggolia tew..aku try apply Mederma kat parut tew..Wallah!! lam beberapa hari jerrk kesan parut kian memudar dan sekarang sudah hampir tak kelihatan..Mederma memang berkesan khasnya untuk parut baru..Sekarang aku boleh melangkah keluar untuk menyundell dengan lebeh yakin..ahakss!


Actually aku dah penah guna Mederma ni dulu masa lepas eksiden motor..parut2 kat tangan hilang.

Masa gi mandi2 kat air terjun Batang Kali..petang lepas balik kerja terus merempit ikut bebudak rumah aku..
Antara diorang semua ni akulah yang paling kertu tapi tetap...feeling2 remaja ek.

Ni plak besday gilrls ( girl la sangat kenn) untuk bulan Januari...Dr.Nor ngan Kak Zu..
Kat Opis aku Every month weolls celebrate besday staff2 yang lahir pada bulan berkenaan..So pakat2 lah sponsor makanan..Bulan ni pakat nak makan Nasi Kerabu then aku ditugaskan untuk memasak solok lada..


Pada uolls yang tak kenal solok lada..inilah rupanya..Setau aku makanan ni popular kat belah2 Pantai Timur especially Kelantan dan biasa kita nampak kat bazar2 ramadhan tempat jual nasik kerabu...


And this is my version of solok lada..yang penting meriah uolls..sebab pakai cili merah..Sonang jerr nak membuatnyer cuma leceh sebab habis tangan pijar masa kopek cili tew untuk buat biji dan empulurnya...


Antara lauk pauk nasi kerabu yang disediakan secara bergotong royong...
Kek besday yang di sponsor oleh KP weolls..Merasa ko..makan kek basi...
(Sory Hajah kek yang you beli memang rasa cam dah tamat tarikh luput)

Rona sutera yang aku beli awal bulan aritew..Hanjss sangat..isi tak padan dengan harga.Sib baik kesan dia..bolehlah, tak payah pakai faundataion tetap flawless..Bagi insan dintis macam aku..jadi sayang nak pakai uolls, sebab harga mahal.




Aku memang mudah terpengaruh dengan iklan..what to do??

Semalam..buat nasik ayam, ingat nak buat simple2 jerk..tapi tetap meriah..Yang penting licin tanpa sisa di bedal oleh housemate2 aku bernafsu pirana tew..err termasuklah aku hehe..
Weolls, kalau makan memang meriah especially hari isnin ke selasa pasal weolls collect duit untuk belanja dapur every weeks..tapi bila sampai rabu atau khamis..hidangan wajib adalah sardin ataupun telur.Dah habis modal.Weolls tak bajet untuk jumaa, sabtu, ahad cos kebanyakanya balik kampung..
Dalam duk weolls suka2 kat opis, sekarang ni ader insan yang sedang berduka..Walaupun bukan dari jabatan yang sama..tapi as a friend..aku turut berasa simpati dengan Kak Nor cos suami dia dalam keadaan kritikal..dah nazak dah dengarnya..Sekarang ramai staff pakat2 nak pegi melawat kat hospital.Kesian lah..anak kecik2 lagi.Tapi andai itu yang sudah tersirat dalam hidupan kita nak buat macamana? Apa2 pun aku harap Kak Nor tabah dalam menghadapi dugaan yang diberikan-Nya..Ishh3 sambil menaip sambil mengalirkan airmata suci..aku memang emotional..what to do??
Oklah uolls aku nak pegi duty kaunter..ini saja yang sempat aku coret2kan buat masa ni..ada masa nanti aku update lagi..