Jan 3, 2010

Azam...

Tahun baru dengan azam memang tak dapat dipisahkan..asal masuk jer tahun baru ramai dari kita siap pasang azam..ada azam yang hanya tinggal azam dan ader jugak yang dapat fullfill azam dia sepanjang tahun lepas..aku pulak, Alhamdulillah sebahagian dari aku azam aku tahun lepas dah aku tunaikan dan mana yang tertinggal tue aku try lerr convert ke tahun ni..InsyaAllah.

Azam aku untuk tahun 2010 ni nak kurangkan..(kalau boleh nak stop terus) menghisap rokok..walaupon merokok bukanlah aktiviti wajib aku selepas makan atau semasa sedang 'melepaskan hajat'..tapi, i know is still bad for my health..dan bukan senang jugak nak berhenti terus dari merokok..lagi2 bila dah semua housemate aku merokok..harus tergoda jugak.Atau perlu kerr aku tampal tanda amaran 'Zon bebas merokok!!'.. kat setiap sudut rumah tew..

Erkk last kopek..pas ni promise, mak tak hisap lagi uolls..
Secondly..dah lama aku berhajat nak terbitkan novel aku sendiri..sebab aku rasa aku ada minat dan bakat untuk menulis cuma waktu dan idea jer yang menjadi kekangan..tengah syok2 menulis tup2 idea hilang..takder time yang sesuai lar..ujung2 cerita yang aku karang tue tinggal terbengkalai....So for this year, kalau tak sempat publish pun atlist novel hasil nukilan aku yang bertajuk ' laki mu laki ku jua' ittew siap sampai ke penghujung cerita..ahakks!!


Harap impian aku untuk menjadi penulis novel erotik yang masyhur akan tercapai jua satu hari nanti uolls..haha!!,propahh jerr..
Bila masuk tahun yang baru..usia pun semakin menginjak..kita semua semakin tua dan bukanya semakin muda..so dengan bertambahnya usia, aku harap aku lebih matang dalam meniti liku2 kehidupan ni..dan sebagai manusia yang tak sempurna aku jugak tak terlepas dari kealpaan duniawi dan berbuat dosa..so aku harap this year aku akan gigih menjaga solat..(yup!! kerana solat adalah tiang agama) dan berbuat amal mana yang patut..InsyaAllah.






Walaupon usia dah makin meningkat..aku still gak layan kartun..nak buat camana dari kecik aku memang dilebelkan dengan gelaran 'otak kartun..' so sampai ke besar tak ubah2 perangai cuma kegilaan aku pada kartun taklah segila dulu..kadang2 tengok, layan dengan anak2 buah tak salah kenn..



Apa ingat ponen layan "My little Pony" jer kew???

Secara keseluruhannya azam aku untuk this year ialah..to be a better person, tak kira walau macamana pandangan masyarakat memandang orang2 macam aku..selagi aku tak menyusahkan diorang, tak menyusahkan mak bapak aku..ketua kampung aku..dan selagi aku tak memalukan diri aku sendiri..aku tetap menjadi diri aku sendiri..begitulah kaedahnyer uolls..



No comments:

Post a Comment