Dec 29, 2009

Salam tahun baru..2010!!

Rasanye kejap benorr tahun ni berlalu..pejam celik2 tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa hari..Dikesempatan ini (yang tengah takder kerja nak dibuat) juga aku nak coretkan catatan2 perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2009..Sesungguhnya tahun ini meninggalkan seribu satu kenangan manis dan perjalanan hidup aku seharian dipermudahkan Allah swt..Alhamdulillah.
Allah memurahkan rezeki aku sepanjang tahun ni walaupun sering kedintisan..tapi aku still mampu untuk memiliki barang2 keperluan mahupun kehendak aku..selagi aku rasakan ianya mampu untuk aku miliki.


Soal kerja pulak aku dah tak lagi stress macam tahun sudah..Aku dapat rasakan rakan2 setugas kat opis ni mula menerima aku seadanya dan aku pulak dah tak kekok lagi bergaul mesra dengan mereka2 yang digelar 'normy'..(golongan manusia normal lerr) ni.Aku jadi semakin bersemangat dan komited dengan kerja aku dan alhamdulillah aku telah sempurnakan beberapa modul kursus dan exam untuk pengesahan jawatan..(walaupun kantoi satu subjek exam jabatan aritu..dan miss exam JPA huhu...).
Masa berkursus induksi bulan April lepas..aku mula mengenali Lady Gerga..seorang perempuan palsu yang berasal dari Monggolia.Memandangkan cuma weolls dua orang sajerk yang fefonens time tu (dan beberapa orang lelaki 'sesuatu'??) Weolls get along so well..bersama sorang lagi Diva dari Kuching,Sarawak..Lady Dayang Sayang kamu...Happening sangat.Walaupun mulot kdg2 tu agak hanjjss sikit tapi aku rasa Lady taklah macam kawan2 ponen aku yang lain..yang kuat berangan..suka berproganda dan yang tak tahan tew..suka feeling2 diva..for me she is verry humble person and down to earth...dats why la weols still keep in touch..sharing story together2 biarpun dah habis kursus..
Lady Gerga
(bukan gambar sebenar)
Tak lupa juga aku telah berjaya menunaikan azam aku untuk memiliki lesen kereta..biarpun umor aku dah agak2 remaja purba..aderr aku kesah?? yang penting aku aderr lesen..tapi kalau ader lesen jer tapi tak bawak kereta takderr maknerrnye jugak..takkan nak buat gantung kat leher je kenn ..so mulalah verangan nak pakai kereta..dan alhamdulillah Allah memurahkan rezeki aku sekali lagi..dan sebelum umur aku memasuki angka 30 tahun (err lambat lagi..tew) aku dah ader sebijik kereta..secondhand jerr tapi aderr aku kesah?? janji aku aderr kereta.

well ni lah kereta mak uolls..kelazzz tak?? ( berangan larr kau sundell!!)



Tahun 2009 menyaksikan ramai kawan2 baik aku menamatkan zaman bujang diorang..sedang elok sangatlah dengan usia yang dah menginjak ke akhir 20'an..aku bila lagi?? err no komen..
Mak kan wanita berkerjaya uollss..so whatt??
Bagi orang2 yang macam aku ni soal jodoh bukan lah priority..apa yang penting weolls ader kerjaya, ader aset dan ader famili serta kawan2 yang memahami..bukanlah aku nak menidakkan kepentingan hidup berumah tangga, berkeluarga, tapi dah kadang2 kita harus akur dengan ketentuan.Takder manusia yang sempurna dan tak semuanya dari kita beruntung..macam aku sendiri, aku redha dengan kejadian tuhan..malah bersyukur aku tak terjebak dengan gejala2 sosial yang memalukan nama mak bapak dan ketua kampung..


masa majlis perkahwinan Liza..best friend masa form 6 dulu..ermm mak taste uoll kat bestman dierr tew..ahakks!!


Kalau nak kata aku sunyi ke tak hidup secara solo ni..bohonglah aku kalau aku cakap tak..kadang2 aku cemburu jugak tengok kawan2 aku kahwin..berkapel..tapi nak buat macammana kenn..aku mengakulah yang sekarang ni with somebody..tapi aku sendiri tak pasti dengan hubungan yang aku jalin..wujud ker hubungan yang berkekalan antara pasangan PLU??..Sejauh mana keikhlasan hati si dia menerima aku seadanya?? aku tak pasti tapi yang aku tahu so far dia si dia memang caring..cuma aku taknak berharap sangat pada perhubungan ni sebab aku selalu sedar di mana taraf aku..dan aku tahu dimana tanah tempat aku berpijak..





motipp??

Tahun ini aku mula jatuh cinta dengan dunia blog ni..aku belajar untuk buat blog sendiri..and yes,permulaannya bila aku baca balik entry2 aku yang dolu2..cam silly jerrk..syok sendiri barangkali..tapi aderr aku kesah?? memang blog untuk orang2 yang syok sendiri kenn.Pendapat aku larr..tujuan aku berblog sajer nak berkongsi2 cerita, minat dan sebagai medium untuk aku sampaikan perkhabaran dari aku untuk kawan2 aku nun di sana..Aku tak kesah pun pasal banyak mana follower yang aku ader..seramai mana readers yang coment setiap entry aku, asal aku tahu masih ader silent2 reader yang mebaca dan sudi berkongsi kisah dengan aku..


Tapi ader jugak hajat aku tak kesampaian dalam tahun ni..aku berangan2 nak terbitkan novel erotik tapi disebabkan kesibukan dengan kerja..maka usaha untuk untuk sudahkan hasil masterpiece aku tew jadi terbengkalai..aha!! propahh jerk.Tapi memang aku bercita2 nak terbitkan novel sendiri..siap join kursus penulisan dengan PTS lagi..tapi itulah banyak pulak halangan...Tahun depan InysaAllah.

Secara keseluruhanya aku berpuashati dengan kehidupan yang aku lalui sepanjang tahun 2009 ni..dan aku berharap agar tahun depan..2010 akan membawa lebih makna..semoga Allah swt cekalkan semangat aku untuk mengharungi liku2 kehidupan sebagai insan 'istimewa'..yup! im special..and so you are..dan semoga tahun baru ini akan mematangkan lagi pemikiran aku untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna di mata semua orang..itulah harapan aku untuk diri aku sendiri..Dan aku jugak mengharapkan yang terbaik untuk uolls pada tahun hadapan..

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!






Dec 28, 2009

Kemeriahan sebelum X'mas,,,

Sebelum cuti X'mas, aku dah ambil cuti gantian dua hari (masa pergi mesyuarat refleksi staf kat cawangan utara awal bulan aritu)..so on thursday,aku dah plan nak keluar jenjalan kat KL dengan Lady Gerga..yang kebetulan juga sedang bercuti dan pulang dari Monggolia..sajer nak menjengah dunia luar sekali sekala.Boleh gak cuci2 mata tengok aksi2 'anak2 ikans, Ciktan2 kendu, cik Gayah2 berangan'..yang berpeleseran kat mall2 tew.




Aku tak pernah merasai kemeriahan hari sebelum x'mas..masa kecik2 dulu aku x'mas sebab cuti am..siaran tv lebih awal, dan lebih banyak citer kartun...

Weolls just jenjalan kat area Sg.Wang Plaza, Pavilion kat Bukit Bintang, lepak kat Starbuck Berjaya Times Square..having brekpes cum lunch kat Pizza Hut,walaupon aku tak taste dengan Pizza tapi aku ikut jer Lady Gerga nak makan apa.Plan sajer nak menemani Lady Gerga bershopping..tapi ujung2 aku jugak yang berhabis duit (walaupun sedang kedintisan).Yang sadisnya setiap item yang kaler kuning aku nak sambar..dapat jugaklah satu cardigan dan kasut beserta hp case yang berwarna kuning diraja...



Aku jugak plan ingat nak lepak Sunway rumah Kak Roy tapi last minute dia ader hal la pulak..Mak Hayam Amy chan balik JB (Janda Baik) pulak..tapi aku tak kesah cos'aku buleh balik semula ke Bentong.

Dah puas berpeleseran kat KL tue dalam pukul 4 something weolls pun melangkah pulang cos dah penat sangat..almaklumlah bukan kaki jalan..biarpun tengah dntis tapi aku tak berkira sebanyer bukan selalu pun dapat kuar hjalan2 dengan kawan2.
Macasm biasa kalau ke KL aku takkan lepaskan peluang untuk menapau Sushi (My feveret yang unagi dan squid..tew) dan nak try sangat kuih Dorayaki yang Doraemon dok suka sangat tew..walaupun harga dia unreasonable sangat then taklah sedap mana pon...buleh dapat lagi murah kalau bukan di ISETAN.



Dec 16, 2009

Layan Pelawat uolls....

Baru jap tadi Library aku dilawati oleh pelawat2 dari SMK Dato'Mansor,Bahau,N9..apa lagi uolls, boleh cuci2 matalah tengok 'anak2 ikan'..tapi nan adoo..bolehlah..



Biasa pelawat2 dari luar negara macam Oman,Korea,Vietnam, New Zealand yang aku layan tapi ni firstime layan pelawat2 dari kalangan budak2 sekolah..






tengok bebudak ni..teringat aku zaman kegemilangan aku sewaktu remaja..erm,gemilanglah sangat kenn..diam tak diam dah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan alam persekolahan..dan yang paling aku rindui kenangan time duk hostel..oops! motip sangat..


verangan nak uniform sekolah macam ni uolls..
Sekarang aku dah kerja..(well kerja tetaplah) dengan gomen..dah achieve something to be proud of..cuma soal pasangan hidup jer yang masih complicated..tapi takperlah..mak kan 'career woman' kekdahnyerr uolls.
Time practice Koir dah tiba..tak sabar nak meng'sumbang'kan sore aku yang tahap soprano ni..adoii dan2 nak memerut plak..ok chauu!!!



Dec 6, 2009

Refleksi staff 2009..

Ikutkan hati memang aku taknak ikut sangat program ni..dahlah melibatkan sabtu ahad ( tak sanggup nak miss drama korea feveret aku huhu )..jalan jauh sangat sampai ke utara..memang aku tak berapa gemar.Tapi kalau tak pergi kena buat surat tunjuk sebab bagai..dan dengar2nya tuan pengarah baru ni straight sangat..even orang yang buat alasan 'anak takder orang nak jaga' pon kena riject..maka terpaksa lah dengan berat hatinya aku turut join sama..So Khamis,3hb lepas aku pon bertolak bersama2 rombongan Cik Kiah..menuju ke Jitra,kedah..masuk ni dah kali ke3 aku pergi ke Cawangan utara ni..tapi belum pernah lagi merasa nginap kat hostel yang baru siap..memang currlast uoll dari hostel tempat aku yang dah kelihatan agak2 usang tu..

Hari pertama sampai tak buat apa2 just jalan2 kat area sekitar jerk..cos keesokan harinya weolls ader trip ke Pulau Langkawi..yess,sebab ader trip ni jer yang buat aku gigih nak ikut sama..lagipun dah lama aku pingin nak shopping kat sana since aku pun tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Pulau Lagenda Mahsuri ni..

4hb..seawal jam 6pagi weolls bertolak ke Jeti Kuala Perlis denagn 2 bijik bas..yang mana dah muak pergi Langkawi tu theyolls pakat nak pergi Padang Besar..Aku ofcos exited sangat nak ikut pg Langkawi..kalau tak ikut trip ni pun aku memang dah berhajat nak ajak Zul Kacak bawak aku jenjalan kat Langkawi.



Dalam pukul 10 baru sampai ke destinasi..semua ahli rombongan kena buat kumpulan seramai 6orang untuk sewa van dan aku pilih untuk join kumpulan makcik2 dan kakak2..hehe dengan diorang aku lebih selesa untuk bershopping..sewa van dikenakan sebanyak rm20 untuk 4 jam ..setiap sorang tapi kena bayar extra rm5 cos lebih had masa yang ditetapkan..tapi tak kisahlah janji puas berjalan dan puas berhabis duit..


First2 weolls pg tengok LIMA kat Awana Porto Malai..takder apa2 yang menarik kat sana cuma pertunjukkan Maritim yang aku rasa hanya menarik minat kanak2 ribena jer..then lepas lunch..yang adooo tu, baru weolls memulakan misi menjana ekonomi negara..( apa lagi shopping lerr uolls ).memula kat Haji Ismail Group then Idaman Suri la..sampai tak muat tangan..even masa sampai ke Jeti Kuala Perlis abang imigressen dah siap panggil..kaget jugak ingat dia nak kenakan cukai sampai seratus tapi rupa2nya dia tanya barang2 aku tu lebih dari seratus atau tak..aku jawablah tak tapi sebenarnya dah beratus2 dah nilainya.akhirnya aku dilepaskan tanpa sebarang cukai..


5hb..program refleksi dipercepatkan sampai ke tengahhari jerk cos semua plan nak buat 'Benchmarking'..kat Pekan Rabu,Alor Setar..tempat ni aku dah biasa singgah tapi tetap taknak melepaskan peluang untuk membeli dan membelahkan duit aku sekali lagi..malamnya pulak ader makan2 special sikit walaupun makanan dia nan adoo jerr..siap ader cabutan bertuah dan karaoke bagai..sajer nak fun2 kekdahnyer..tapi aku dah blah awal cos penat,kenyang..dan nak packing2 barang..tak sabar nak balik keesokkannya.


6hb,sambungan program refleksi sikit then ucapan penutup oleh pengarah cawangan utara..sempat singgah pusat sumber kat sana jumpa member since hari ahad kat Kedah dah start kerja..lam kul 12.00 pas lunch weolls bertolak balik..sampai Ke Genting seelok Maghrib..sakit2 pinggang aku ngangkut barang2 nak balik rumah..siot jer pak driver tue taknak masuk ke area rumah aku dah lah jalan nak kerumah tue berbukit.

Sampai rumah pas berehat2 jap..then Sahrin ( housemate aku ) tanya aku samada aku ader hilang barang tak dalam bilik..sebab dia cakap,duit2 syiling dengan jajan2 dia lam almari cam dah dirampok orang.Cepat2 aku chek,baru perasan duit syiling aku setabung hilang dan aderlah barang yang agak2 berharga jugaklah..pon hilang sedangkan aku dengan yakin kat mana kedua2 benda tue aku letak..

Suspek tak lain tak bukan,si Gergasi (sepupu si Ateh yang sajer datang menumpang,kebetulan saiz badanya meman macam gergasi) punya kerja..dah lah memang berwajah suspek dan secara logiknya hanya dia sajer yang duduk kat rumah sepanjang ketiadaan weolls..biasalah orang kalau dah ludah takkan nak jilat balik kan..dia pun dengan komfiden menafikan tuduhan2 weolls..nak cakap lebih pun tak guna cos takder bukti tapi kalau orang dah nak mencuri tentu panjang akalnya walau bilik 2 dah berkunci mangga bagai..

Memula Sahrin tanya Ateh..aku tengok Ateh dah nak ngamuk siap capai batang besi nak hempok sepupu dia yang lebih gerga dari dia tue..takott gak..aku kalau buleh taknak hal ni dipanjangklan sampai ke pihak berkuasa paling tidak ke pengetahuan jiran tetangga..nasib baik hal ni dapat diselesaikan secara diplomasi dan mungkin Ateh rasa bertanggungjawab lantas dengan rela hati nak menggantikan balik nilai2 yang telah hilang tu..aku pon berat hati gak tapi suspek tue sepupu dia dan dia yang bawak masuk kat rumah weolls,walaupon secara polisinya tak dibenarkan bawak orang luar tinggal..well tengoklah kalau dia betul2 nak ganti..takkan aku nak tolak duit kan..dengarnya si gergasi tu pun dah nak blah hari ni..ermm motip sangat kenn??

Biarlah perkara ni dijadikan tauladan buat Ateh..dan semua housemate aku,even sedara sendiri pon buleh buat taik..err kalau dia betul2 salah lah..tapi persoalanya hanya dia sajer yang berada di rumah...takkan toyol kot??berbalik pada cerita refleksi tadi,dalam taknak2 pergi last aku enjoy jugak..biar habis duit beribu riban pon janji hajat dah lepas..huhu kalau ader lagi trip camni mesti aku pergi!!!





Nov 29, 2009

Panik!!

Sejuk..menggigil2..hmm itulah yang aku rasai disaat ini..saat dimana aku setia menjadi penunggu kaunter untuk kesekian kalinya, sedangkan staff2 yang lain ntah kemana..(ader yang cuti lagi).Hari isnin, hari yang suram dan takder langsung kecerian yang aku rasai..tambah2 lagi dengan cuaca yang sejokk mengilerr..suasana kat sini pun sunyi..dengar2nya hari ni ader acara korban..mungkin semua ke sana kot..tolong2 melapah daging korban.
Panik..takut..rasa nak pitam dan malu.itulah yang aku rasai semalam bila kereta aku accidentally terlanggar kereta orang..macamana kejadian ittew berlaku..rasanya tak perlulah aku ceritakan secara detail cos that thing already happened dan kejadian ittew pun sememangnya salah aku..
Ramai gak yang menyaksikan kejadian malang tew..malu toksah cakap..lagi kaget bila aku tengok owner kereta tew cam bengan jer..alamak!! what am i goin' to do??? nak taknak terpaksa face dengan brother yang wajah nya brutal ala2 Khir Rahman tew..Untuk ngaku salah..memang nampak brother tew cam nak marah jerr mulanya tapi lepas tengok aku yang 'ala2' ni..dengan muka yang dah naik pucat..gak2 eh terus dia tak jadi marah..
Memang aku ngaku salah dan janji nak ganti balik duit repair kemek kereta brother yang aku langgar tew..at first dia cam tak cayerr jer (dah selalu kena kaporr la katernyerr) tapi dengan sinaran mata aku yang penuh kejujuran ni..last2 dia mengalah dan bagi no.akaun dia untuk aku bankin' kan..akhirnya aku di'lepas'kan tanpa banyak soal lagi dah.
Untuk membuktikan yang aku berkata benar..aku terus drive gi bandar untuk bankin'kan duit ganti tew..melayang 200 ratus aku..nak kata apa?benda dah jadi then sekurang2nya aku rasa lega sebab dah laksanakan tanggungjawab aku..
Sesungguhnya this thing really learn me well..lain kali kalau tengah drive jangan suka2 nak verangan ala2 Beyonce lagi..sundell.tue baru sikit..tapi adatlah pemandu baru cam aku kan kena belajar dari kesilapan....

Nov 26, 2009



Selamat Hari Raya Qurban uolls..aku still jadi penunggu office..takdapek cuti..huhu.Wat to do??
Orang duk dekat lerr kekdahnyerr.Dengan rela hati melepaskan memember yang jauh duk di perantauan bercuti untuk balik kampung. So takderlah majlis gathering seperti yang dirancang sebelum ni..cos tak sempat nak buat any prep.
Nak taknak aku kena balik petang nih jugakk..singgah workshop Bukit Tinggi tuk repair motor aku then terus rempit balik rumah..(mak rempit lite2 jerr uolls).Nasib baik cuaca cerah..tak hujan seperti 2-3 hari nih.

Nov 18, 2009

Korea!!

Hari ni aku masih lagi jadi penunggu ofis..sepanjang ketiadaan staff2 yg lain,rutin harian aku cuma jaga kaunter,layan internet, download lagu..dan tentunya update entry..lagipon kerja taklah banyak sangat..walhal claim OT dan perjalanan aku tak buat lagi..erm, banyak masa lagi pon..besides aku enjoy masa2 macam ni..Seminggu ni cuaca asyik hujan jerr tak kira pagi,petang dan malam..dahlah sini sejuk.So biasa lepas hujan suasana jadi suram,kelam..berkabus jerr..ni yang buat aku feeling2 winter sonata..nih.


Speaking of winter sonata..erm cam drama korea tew..dulu aku tak pernah follow satu drama korea pon cos tak minat dan tak berapa taste dengan ciktans2 korea..walaupun (in my early 20's) tengah famous dengan Winter Sonata, Auntumn in my heart, full house bagai tapi satu pun aku tak layan..
But lately, aku mula tertarik nak tengok drama2 dari Korea..every weekend,bila aku balik kampung..aku akan layan drama korea, antara yang aku takleh miss sekarang ni..The Golden Apples dan Terms of endearment kat KBS WORLD saluran Astro 303..Aku feeling sangat tengok kedua2 drama ni..siap mengalirkan airmata suci bagai sebab terharulah kekdahnyerr..

Terms of endearment

The Golden Apples

Lagipon orang2 korea boleh tahan cute..aku yang ala2 ratu zimbabwe( ratu kekdahnyerr..) ni pon verangan nak kulit putih, sesuci salji macam wanita korea..huhu.

Han Ga In

Ciktans..? boley lah..aku tak berapa taste sangat tapi aderr gak yang kendu2..well my taste is more to dark and handsome man ofcos'..

Won Bin
Walaupon dulu tak pernah suka tengok citer Korea, tapi aku tetap adore this guy..wajahnya taklah kekorean sangat..then he's a lil'bit tanned compare dengan ciktans2 Korea yang lain..


One more thing..latar belakang lam drama korea..especially yang agak2 jiwang tew..biasanya memamparkan pemandangan2 yang indah..tempat yang cantik2, saujana mata memandang gitew..tew yang buat aku jatuh hati..dan feeling2 sedang berada di Korea lah kononnyerr walhal cuma duk kat tengah2 gunung Genting jerk...














Kalau duit aku berkepok atau aderr org nak sponsor kerr, nak jer aku gi sana..main2 salji..petik buah epal..tapi ittewlah duitnyerr nan adoo..apatah lagi jantan nak spedo..tapi secantik2 tempat orang,cantik lagi tempat kita kenn..
Kat Departement aku selalu gak menerima pelawat2 dari Korea..dalam 2-3 kali jugaklah..suka no dorang datang sini..ntah apa yang ada kat sini taktauu aku..Orang Korea ni cam jepon gak..most of them taktau cakap omputih..pernah lah jugak aku feeling2 cakap omputih dengan diorang tapi haram..buat tak layan jerk..nampak jerr educate kenn.Aku cuma sepatah 2 jer bahasa Korea cam Anyohaseyo ( pekabar), Kamsahamnida (terima kasih)..tapi kalau nak belajar sepenuhnya..i dont think so..program belajar bahasa jepon aku pon tak khatam lagi..
Verangan Korea lerr sangat kenn, tak sedar dah nak abis office hour..so dah sampai masanya aku bersiap2 nak tutup semua lampu2..chek2 apa yang patut..tutup office then balik rumah..
















































































































































































































































































Nov 17, 2009

opis ni aku yang punyerr!!

uoll..satu minggu ni, opis ni aku la yang punyerr..kenapa?? sebab semua staff kat jabatan aku..kecuali aku dah pergi Outstation ke Terengganu..dan kenapa pulak aku tak ikut?? sebab dengan rela hati aku menawarkan diri untuk jadi penunggu opis..maklumlah jabatan perkhidmatan macam opis aku mana boleh ditutup lama2..
Aku tak nyesal pun sebab tak pergi..walau dah berulang2 kali Lady boss aku tanya..sebab?? kalau takat pergi Terengganu aku taklah heran sangat..lainlah pergi Cameron Highland kew..Sabah Sarawak kew..takpon Pulau2 peranginan cam pulau Langkawi..then satu lagi sebab...kena naik kenderaan sendiri dan aku kena tumpang kereta orang ( wpon aku ader kereta)..then, semua staff pakat2 nak extend cuti sampai raya haji..maklomlah orang2 pantai timur belaka dan sah2 aku kena balik Genting naik bas..leceh uoll!!
Baik aku lepak opis,jaga kaunter dan feeling2 aku lerr boss kenn..boleh gak aku mencharass mesin photostet print gambar2 aku,bukak laman web yang bukan2..oops! dan kepada Lady Gerga..terjawablah sudah persoalan kenapa aku asyik duk jaga kaunter jerk..dah memang muka aku ni muka kaunter lah kekdahnyerr!!

Nov 11, 2009

oshinl lerr sangat...

Motip??? tiba2 letak gambar Oshin..

Well,Oshin kan lambang wanita tabah dan gigih..walaupon aku ni hanyalah wanita pelsu kekdahnyer uolls..tapi apa kaitannyerr aku dengan Oshin???..erm,semenjak 2menjak ni aku bizy sangat..dengan kerja dari kul 8 pagi ke 5 ptg..nak kemas rumah, masak bagai..tu belum jadual aku nak pergi gym..OT malam..penat taw..

Nak harapkan housemate2 aku..erm,besalah kalau duk ngan budak2 jantan..jangan kata nak tolong sapu lantai..pegang batang penyapu pon tak pernah aku tengok..gimana ittew?? nak taknak akkakkk jugak..

ginilah uolls, kenalah mak feeling2 housewife yang rajin...

aku memang tak suka nengok rumah bersepah, lantai berhabuk2..pinggan mangkuk tak berbasuh.sakit mata memandang..aku pon taktau camner "anak2 ikan" (well, theyolls lebeh remaja dari aku,kendu pulak tew) tew boleh duduk dengan selesanya dengan keadaan yang cenggitew..tanpa ader inisiatif nak tolong bersihkan kew..


Aperr diorang ingat aku ni maid??oops!!
Biarlah rumah aku tak lawa pon..tapi asalkan bersih dan selesa dah cukup..tapi takkan aku sorang jerk dipertanggungjawabkan menguruskan hal rumah tangga..adakah kerana aku ni ponen? atau sebab aku sorang jer yang rajin mengemas dan membersih bagai..maka yang lain2 tew lepas tangan jerlah gittew?
Aku terfikir jugak..kan best kalau housemate2 aku semuanya ponen cam aku..atlist tau jugak nak mengemas rumah kew, masak kew..tapi kalau dah jenis yang pemalas tew tetaplah malas kenn...Lady Gerga, mak jeles kat uoll..rumah kau kan dihuni sepenuhnyerr pondan2 meletop lagi rajin kan??
Takperlah nok kami pondan2 meletopp ni rela duk serumah dengan uoll asal dapat charass anak2 ikan kendu kat rumah uoll tew...
Aku pulak jenis yang tak reti nak suruh2..mengarah2 apatah lagi nak membebel..so sendiri mau ingatlah kan..tapi kan yang eloknyerr tau pulak nak sumbangkan barang2 makan..sejuk hati sikitlah, kalau bab masak..theyolls masak simple2 jerk..takat goreng telorr, ikan dan masak nasik..so kalau nak ikut taste sendiri..aku kena masak sendiri jugaklah..lucky theyolls bedal jerk per yang aku masak..erm, feeling..sedap sangatlah masakan aku tew..walhal nan adooo.

Nak buat camner dah nasib badan..aku redha uolls..biarlah aku berkorban masa dan tenaga dan body juga..asal uolls (housemate2 aku tew) dapat tinggal dengan selesa..ayoo feeling Oshin sangat kenn?? tapi awass!! kalau time aku dah fedap..lantaklah nak jadi apapun rumah tew..huhu sanggup ker aku tengok rumah tew nanti jadi sarang tikus??
So far aku duk ber4 kat rumah tew..selepas ketua rumah weolls,Hj.Azrie dapat transfer ker Trengganu..(balik kampung dierr la tew)..then aderr lagi nak masuk..dengarnya pegawai yerk..nak jugak sumbat kat lam rumah aku tew..dah tak cukup bilik..nanti bertambah lagi beban aku..,kalau kendu..boleh sajork sebilik dengan aku..ahakks!!

Mak tak kesah yea kalau ciktans2 kendu camni duk rumah mak..free pon talkper..ahaa..motip kau nak menyundell kenn??

Whatever, tengok sajerk lah keadaanyer nanti..aku pon bukan tiap2 hari kat rumah tew,every weekend balik rumah mak aku..tak weekend pon aku boleh balik..cos dekat jerk..dan aku bukanlah nak kondem sesaperr..yang buruk tew dari aku dan yang baik ittew semestinyer dari Allah swt..ken?? cuma sajerk nak coret2kan kesah hidupku seharian..







































































Nov 8, 2009

Rainy day and Monday...

''looking to m'self nd feeling ol'
sometimes i'd like to quit..
nothing ever seem to fit..
hangin around,nothing to do but frown
rainy day and monday always get me down...''
Salam uolls..erm rasa2 eh, penah dengar tak korang bait2 lirik lagu kat atas tew..
bet you don't rite..well,kinda old song but i like it so much since lirik dia betul2 puitis ..then aku kan berjiwa retro so lagu2 lama memanglah menjadi pilihan kalau nak feeling2 jiwang.
Lagu ni bertajuk 'Rainy day and monday'..disampaikan oleh group duo adik- beradik yang cukup meletup zaman 70'an dulu..the Carpenters.Masa itew aku pon belum lahir lagik..
Apa yang aku nak kongsikan dengan korang ialah maksud lagu tew yang mengambarkan perasaan aku pada hari ini, Isnin bersamaa 9 November 2009..Mesti ada antara uolls yang pernah dengar sindrom 'i hate monday la, monday blues' bagai..dan bagi uolls yang kije atau study mesti rasa tak syok jerk nak memulakan hari2 uolls pada hari Isnin..
Hari ni taktaulah ngape aku ngantuk sangattt..masa rempit dari rumah nak balik sini..pagi tadi.Mata aku rasa nak pejam2 jerk..kalau aku pejamkan kang takut tak terbukak buat selama2nya pulak dahh.Nak kata tak cukup tidur..tak jugak walaupon tak pernah cukup sebenarnya..
Then sampai Genting, aku buru2 nak ke opis..nak memerut pulakk..makanya tak sempatlah aku nak makeup..pakai baju vougue2..bagai dan haruslah aku feeling waruk hari ni uolls.Dan yang penting sekali pagi ni hujan yea uolls..rasa suram jerk..mood nak buat kerja pon takder (tew yang gigih menaip entry tew)..tapi pagi tadi aku dah shelving buku2 di rak..dan jap nanti aku duty kaunter pulak..so takderlah curi tulang sangat ..
Syok nya kalau dapat balik rumah then berkubang kat atas katil..sejuk2 ni kan best kalau berzina dengan ciktannss..euww, sundell sangat kan nyyehh.hehe.jap lagi ader meeting departement pulak.how i wish today is friday gittew..
Occay uolls..sampai sini sahaja yang dapat aku coretkan..otak aku dah blurr separa ting tong dah...

Nov 5, 2009

Miss Zimbabwe dah kembali...



beri laluan yea..Miss Zimbabwe dah kembali...

hai uolls..lama no aku tak hapdet blog..bizi lah kekdahnyerr..baru2 ni,21-28 hb 10 aku pergi kursus kat PD..sama dengan Lady gerga dan rakan2 sejawat lain yang datangnya dari serata pelusuk negeri..

Sepanjang kursus tue memang jadual die pack..tue yang tak sempat nak hapdet apatah lagi nak jenguk2 laman blog feveret aku..tapi yang syoknyerr sepanjang kursus rasa lebih bebas dan santai jerk..

Ciktans..?? wah!!! kendu2 uolls..tapi takder aura maka takder maknerrnyerr jugak..well,aku datang sini nak berkursus untuk sahkan jawatan..bukan nak 'cur' sana-sini..astaga naga!!

Cik Lady Gerga, tetap kelihatan anggun dengan saiznyer yang gerga ittew..well kalau takder dierr haruslah aku sensorang jerk insan 'cik gayah' kat situ..tak meriahuoll..walaupon ader dikalangan ciktans2 kat situ yang ala2 'sesuatu' sikit, tapi tetap coverina.



walaupon kau gerga tapi uoll lebih woman dari mak..jeles uoll.

Lady gerga (bukan gambar sebenar)

Peserta2 kursus wajib untuk siapkan assigment individu dan kumpulan, jawab exam dan buat public speaking..aku punyer tajuk publik speaking..'bagaimana nak mencharrrass laki bestfrend korang'..amacam meletop tak??



Dengan kompidennyerr aku menyampaikan public speaking..Lady Gerga cakap aku langsung tak pecah lobang..

Kalau tak gomen yang tanggung tak merasanya nak duk hotel yang grand2 walaupon 3 bintang jerk..mana taknyerr makan minum tanggung beres, tempat nginap selesa sekali..rasa taknak balik jerk tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ader perpisahan..saat aku mula nak ramah tamah and making friends..dah nak balik..rasa tak cukup jer masa berkampung di Ancasa resort tew selama lebeh kurang 2 minggu.

Sedehlah nak berpisah..tapi kerja kat opis dah lama menunggu.opismate2 dah sibuk mintak aku qada kan waktu duty kaunter aku..hehe.Lady Gerga kembali ke tempat asalnyerr Mongolia dan aku kena 'daki' bukit Genting ni...memember yang lain,ader yang balik ke utara,selatan,timur,barat dan Sabah Sarawak..ntah bila nak jumpa lagi..



pulangnyerr lady gerga ke Monggolia dengan menunggang kuda..

Sesungguhnyer kenangan masa berkursus ni adalah one of the best moment for me this year..well,selain perasaan dapat memandu kereta sendiri buat pertama kalinyerr hehe.

Balik2 jerk opis,ingat naklah hapdet blog..wireless buat hal lagikk..tensyenyerr!! hanjsss sungguh,sabor jerklah..ini yang buat aku rasa nak apply streamyx since aku dah blacklist dengan celcom berukband..well aku takleh hidup tanpa internet uolls..



Arghh..ko pehal?? asyik problem jerk..!!

Inipun aku gigih pergi cari pot yang ader wireless semata2 nak hapdet blog ni..walaupon cuma blog nan ado kekdahnyerr tapi takkan nak biar bersawang...kenn.nak tempetkan gambar2 masa berkursus tew pendrive plak tak bawak so lenkali jerlah..

Bateri dah nak kong..malam pun semakin tua..kang tak berani pulak aku nak merempit sensorang balik ke rumah..badan pun penat..balik kerja gi gym, balik gym kena masak..then buru2 sini..letih uolls..











Oct 12, 2009

JAMUAN RAYA...

Isnin, 12 okt...hari ni departement aku buat majlis sambutan hari raya secara kecil2an..tetamu yang diundang tak ramai..tapi tetap meriah sebab suplier sponsor banyak makanan..majlis bermula pukul 12.00 tghari so sempat aku balik rumah masak kuah speghetti..




So inilah antara juadah yang terhidang..beskut2 raya dan kek ittew suplier yang sponsor..puas melantak kek secret recipe..ada gak yang disediakan oleh weolls sendiri...

Cam pasta ni big boss weolls,hajah Nora yang masak..dan kuah speghetti ittew aku lerr yang masak..hehe.

Sate 100 tusuk ni pulak disponsor oleh Nizam...

Sempat posing ngan baju raya ariteww..



Dah sampai acara melahapp...makan time!!

So uolls,itewlah serba ringkas catatan sambutan hari raya kat departement aku..penat tapi enjoy..yang penting dapat makan puas2..sedap2..pasni naik balik berat aku..dah ala2 lady gerga plak aku nanti..apa2pun acara hanya setahun sekali..tahun depan boleh buat lagi meriah..insyaALLAH..

Kepada pihak pembekal..Budisoft ent..time kasih banyak2 sebab sudi suply food and bavarage..nak2 kek Secret Recipe yang berkotak2 tew...kalau boleh next year sponsor lah lagi...