Dec 6, 2009

Refleksi staff 2009..

Ikutkan hati memang aku taknak ikut sangat program ni..dahlah melibatkan sabtu ahad ( tak sanggup nak miss drama korea feveret aku huhu )..jalan jauh sangat sampai ke utara..memang aku tak berapa gemar.Tapi kalau tak pergi kena buat surat tunjuk sebab bagai..dan dengar2nya tuan pengarah baru ni straight sangat..even orang yang buat alasan 'anak takder orang nak jaga' pon kena riject..maka terpaksa lah dengan berat hatinya aku turut join sama..So Khamis,3hb lepas aku pon bertolak bersama2 rombongan Cik Kiah..menuju ke Jitra,kedah..masuk ni dah kali ke3 aku pergi ke Cawangan utara ni..tapi belum pernah lagi merasa nginap kat hostel yang baru siap..memang currlast uoll dari hostel tempat aku yang dah kelihatan agak2 usang tu..

Hari pertama sampai tak buat apa2 just jalan2 kat area sekitar jerk..cos keesokan harinya weolls ader trip ke Pulau Langkawi..yess,sebab ader trip ni jer yang buat aku gigih nak ikut sama..lagipun dah lama aku pingin nak shopping kat sana since aku pun tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Pulau Lagenda Mahsuri ni..

4hb..seawal jam 6pagi weolls bertolak ke Jeti Kuala Perlis denagn 2 bijik bas..yang mana dah muak pergi Langkawi tu theyolls pakat nak pergi Padang Besar..Aku ofcos exited sangat nak ikut pg Langkawi..kalau tak ikut trip ni pun aku memang dah berhajat nak ajak Zul Kacak bawak aku jenjalan kat Langkawi.



Dalam pukul 10 baru sampai ke destinasi..semua ahli rombongan kena buat kumpulan seramai 6orang untuk sewa van dan aku pilih untuk join kumpulan makcik2 dan kakak2..hehe dengan diorang aku lebih selesa untuk bershopping..sewa van dikenakan sebanyak rm20 untuk 4 jam ..setiap sorang tapi kena bayar extra rm5 cos lebih had masa yang ditetapkan..tapi tak kisahlah janji puas berjalan dan puas berhabis duit..


First2 weolls pg tengok LIMA kat Awana Porto Malai..takder apa2 yang menarik kat sana cuma pertunjukkan Maritim yang aku rasa hanya menarik minat kanak2 ribena jer..then lepas lunch..yang adooo tu, baru weolls memulakan misi menjana ekonomi negara..( apa lagi shopping lerr uolls ).memula kat Haji Ismail Group then Idaman Suri la..sampai tak muat tangan..even masa sampai ke Jeti Kuala Perlis abang imigressen dah siap panggil..kaget jugak ingat dia nak kenakan cukai sampai seratus tapi rupa2nya dia tanya barang2 aku tu lebih dari seratus atau tak..aku jawablah tak tapi sebenarnya dah beratus2 dah nilainya.akhirnya aku dilepaskan tanpa sebarang cukai..


5hb..program refleksi dipercepatkan sampai ke tengahhari jerk cos semua plan nak buat 'Benchmarking'..kat Pekan Rabu,Alor Setar..tempat ni aku dah biasa singgah tapi tetap taknak melepaskan peluang untuk membeli dan membelahkan duit aku sekali lagi..malamnya pulak ader makan2 special sikit walaupun makanan dia nan adoo jerr..siap ader cabutan bertuah dan karaoke bagai..sajer nak fun2 kekdahnyer..tapi aku dah blah awal cos penat,kenyang..dan nak packing2 barang..tak sabar nak balik keesokkannya.


6hb,sambungan program refleksi sikit then ucapan penutup oleh pengarah cawangan utara..sempat singgah pusat sumber kat sana jumpa member since hari ahad kat Kedah dah start kerja..lam kul 12.00 pas lunch weolls bertolak balik..sampai Ke Genting seelok Maghrib..sakit2 pinggang aku ngangkut barang2 nak balik rumah..siot jer pak driver tue taknak masuk ke area rumah aku dah lah jalan nak kerumah tue berbukit.

Sampai rumah pas berehat2 jap..then Sahrin ( housemate aku ) tanya aku samada aku ader hilang barang tak dalam bilik..sebab dia cakap,duit2 syiling dengan jajan2 dia lam almari cam dah dirampok orang.Cepat2 aku chek,baru perasan duit syiling aku setabung hilang dan aderlah barang yang agak2 berharga jugaklah..pon hilang sedangkan aku dengan yakin kat mana kedua2 benda tue aku letak..

Suspek tak lain tak bukan,si Gergasi (sepupu si Ateh yang sajer datang menumpang,kebetulan saiz badanya meman macam gergasi) punya kerja..dah lah memang berwajah suspek dan secara logiknya hanya dia sajer yang duduk kat rumah sepanjang ketiadaan weolls..biasalah orang kalau dah ludah takkan nak jilat balik kan..dia pun dengan komfiden menafikan tuduhan2 weolls..nak cakap lebih pun tak guna cos takder bukti tapi kalau orang dah nak mencuri tentu panjang akalnya walau bilik 2 dah berkunci mangga bagai..

Memula Sahrin tanya Ateh..aku tengok Ateh dah nak ngamuk siap capai batang besi nak hempok sepupu dia yang lebih gerga dari dia tue..takott gak..aku kalau buleh taknak hal ni dipanjangklan sampai ke pihak berkuasa paling tidak ke pengetahuan jiran tetangga..nasib baik hal ni dapat diselesaikan secara diplomasi dan mungkin Ateh rasa bertanggungjawab lantas dengan rela hati nak menggantikan balik nilai2 yang telah hilang tu..aku pon berat hati gak tapi suspek tue sepupu dia dan dia yang bawak masuk kat rumah weolls,walaupon secara polisinya tak dibenarkan bawak orang luar tinggal..well tengoklah kalau dia betul2 nak ganti..takkan aku nak tolak duit kan..dengarnya si gergasi tu pun dah nak blah hari ni..ermm motip sangat kenn??

Biarlah perkara ni dijadikan tauladan buat Ateh..dan semua housemate aku,even sedara sendiri pon buleh buat taik..err kalau dia betul2 salah lah..tapi persoalanya hanya dia sajer yang berada di rumah...takkan toyol kot??berbalik pada cerita refleksi tadi,dalam taknak2 pergi last aku enjoy jugak..biar habis duit beribu riban pon janji hajat dah lepas..huhu kalau ader lagi trip camni mesti aku pergi!!!





No comments:

Post a Comment