Jul 27, 2009

yASMIN aHMAD...R.I.P

1 julai 1958-25 julai 2009


Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai pemergian pengarah, penulis dan penulis skrip yang bagi cukup kreatif dalam menghasilkan setiap karya beliau iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah kembali ke rahmahtullah pada 25 Julai lalu..

Walaupun ramai dah blogger menulis pasal kepemergian arwah..aku tetap ingin memberi sedikit tribute kepada arwah di atas hasil2 karya beliau yang bagi aku cukup unik dan masterpiece..

Antaranya Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin..berulang2 kali aku menontonnya kerana plot dan genre nya yang lain dari yang lain..motif, perpaduan kaum tetap diselitkan dalam setiap filem arahan beliau sebagai lambang yang negara kita ni sememangnya meriah dengan pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.


Walaupun filem2 arahan arwah pernah dilanda kontroversi tapi tetap menang kat festival2 filem antarabangsa..so sedikit sebanyak arawah dah berjasa dengan membawa nama negara di persada antarabangsa..kaedahnya.



Dulu pernah jugak sorang ponen bagitau aku yang arwah ni dulunya seorang lelaki..aperr dia pondan jugak kerr?..rupa2nya arwah adalah insan istimewa iaitu khunsa..sejauh mana kebenarannya hanya tuhan yang maha mengetahui...

Dulu dan sekaran..

Apa2 pun marilah kita sama-sama memanjatkan doa semoga roh beliau dicucuri rahmat..dan sama2lah kita menginsafi diri..yang pergi tetap kan pergi..yang tinggal tetap jua kan pergi..

No comments:

Post a Comment