Dec 29, 2009

Salam tahun baru..2010!!

Rasanye kejap benorr tahun ni berlalu..pejam celik2 tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa hari..Dikesempatan ini (yang tengah takder kerja nak dibuat) juga aku nak coretkan catatan2 perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2009..Sesungguhnya tahun ini meninggalkan seribu satu kenangan manis dan perjalanan hidup aku seharian dipermudahkan Allah swt..Alhamdulillah.
Allah memurahkan rezeki aku sepanjang tahun ni walaupun sering kedintisan..tapi aku still mampu untuk memiliki barang2 keperluan mahupun kehendak aku..selagi aku rasakan ianya mampu untuk aku miliki.


Soal kerja pulak aku dah tak lagi stress macam tahun sudah..Aku dapat rasakan rakan2 setugas kat opis ni mula menerima aku seadanya dan aku pulak dah tak kekok lagi bergaul mesra dengan mereka2 yang digelar 'normy'..(golongan manusia normal lerr) ni.Aku jadi semakin bersemangat dan komited dengan kerja aku dan alhamdulillah aku telah sempurnakan beberapa modul kursus dan exam untuk pengesahan jawatan..(walaupun kantoi satu subjek exam jabatan aritu..dan miss exam JPA huhu...).
Masa berkursus induksi bulan April lepas..aku mula mengenali Lady Gerga..seorang perempuan palsu yang berasal dari Monggolia.Memandangkan cuma weolls dua orang sajerk yang fefonens time tu (dan beberapa orang lelaki 'sesuatu'??) Weolls get along so well..bersama sorang lagi Diva dari Kuching,Sarawak..Lady Dayang Sayang kamu...Happening sangat.Walaupun mulot kdg2 tu agak hanjjss sikit tapi aku rasa Lady taklah macam kawan2 ponen aku yang lain..yang kuat berangan..suka berproganda dan yang tak tahan tew..suka feeling2 diva..for me she is verry humble person and down to earth...dats why la weols still keep in touch..sharing story together2 biarpun dah habis kursus..
Lady Gerga
(bukan gambar sebenar)
Tak lupa juga aku telah berjaya menunaikan azam aku untuk memiliki lesen kereta..biarpun umor aku dah agak2 remaja purba..aderr aku kesah?? yang penting aku aderr lesen..tapi kalau ader lesen jer tapi tak bawak kereta takderr maknerrnye jugak..takkan nak buat gantung kat leher je kenn ..so mulalah verangan nak pakai kereta..dan alhamdulillah Allah memurahkan rezeki aku sekali lagi..dan sebelum umur aku memasuki angka 30 tahun (err lambat lagi..tew) aku dah ader sebijik kereta..secondhand jerr tapi aderr aku kesah?? janji aku aderr kereta.

well ni lah kereta mak uolls..kelazzz tak?? ( berangan larr kau sundell!!)



Tahun 2009 menyaksikan ramai kawan2 baik aku menamatkan zaman bujang diorang..sedang elok sangatlah dengan usia yang dah menginjak ke akhir 20'an..aku bila lagi?? err no komen..
Mak kan wanita berkerjaya uollss..so whatt??
Bagi orang2 yang macam aku ni soal jodoh bukan lah priority..apa yang penting weolls ader kerjaya, ader aset dan ader famili serta kawan2 yang memahami..bukanlah aku nak menidakkan kepentingan hidup berumah tangga, berkeluarga, tapi dah kadang2 kita harus akur dengan ketentuan.Takder manusia yang sempurna dan tak semuanya dari kita beruntung..macam aku sendiri, aku redha dengan kejadian tuhan..malah bersyukur aku tak terjebak dengan gejala2 sosial yang memalukan nama mak bapak dan ketua kampung..


masa majlis perkahwinan Liza..best friend masa form 6 dulu..ermm mak taste uoll kat bestman dierr tew..ahakks!!


Kalau nak kata aku sunyi ke tak hidup secara solo ni..bohonglah aku kalau aku cakap tak..kadang2 aku cemburu jugak tengok kawan2 aku kahwin..berkapel..tapi nak buat macammana kenn..aku mengakulah yang sekarang ni with somebody..tapi aku sendiri tak pasti dengan hubungan yang aku jalin..wujud ker hubungan yang berkekalan antara pasangan PLU??..Sejauh mana keikhlasan hati si dia menerima aku seadanya?? aku tak pasti tapi yang aku tahu so far dia si dia memang caring..cuma aku taknak berharap sangat pada perhubungan ni sebab aku selalu sedar di mana taraf aku..dan aku tahu dimana tanah tempat aku berpijak..





motipp??

Tahun ini aku mula jatuh cinta dengan dunia blog ni..aku belajar untuk buat blog sendiri..and yes,permulaannya bila aku baca balik entry2 aku yang dolu2..cam silly jerrk..syok sendiri barangkali..tapi aderr aku kesah?? memang blog untuk orang2 yang syok sendiri kenn.Pendapat aku larr..tujuan aku berblog sajer nak berkongsi2 cerita, minat dan sebagai medium untuk aku sampaikan perkhabaran dari aku untuk kawan2 aku nun di sana..Aku tak kesah pun pasal banyak mana follower yang aku ader..seramai mana readers yang coment setiap entry aku, asal aku tahu masih ader silent2 reader yang mebaca dan sudi berkongsi kisah dengan aku..


Tapi ader jugak hajat aku tak kesampaian dalam tahun ni..aku berangan2 nak terbitkan novel erotik tapi disebabkan kesibukan dengan kerja..maka usaha untuk untuk sudahkan hasil masterpiece aku tew jadi terbengkalai..aha!! propahh jerk.Tapi memang aku bercita2 nak terbitkan novel sendiri..siap join kursus penulisan dengan PTS lagi..tapi itulah banyak pulak halangan...Tahun depan InysaAllah.

Secara keseluruhanya aku berpuashati dengan kehidupan yang aku lalui sepanjang tahun 2009 ni..dan aku berharap agar tahun depan..2010 akan membawa lebih makna..semoga Allah swt cekalkan semangat aku untuk mengharungi liku2 kehidupan sebagai insan 'istimewa'..yup! im special..and so you are..dan semoga tahun baru ini akan mematangkan lagi pemikiran aku untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna di mata semua orang..itulah harapan aku untuk diri aku sendiri..Dan aku jugak mengharapkan yang terbaik untuk uolls pada tahun hadapan..

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!






Dec 28, 2009

Kemeriahan sebelum X'mas,,,

Sebelum cuti X'mas, aku dah ambil cuti gantian dua hari (masa pergi mesyuarat refleksi staf kat cawangan utara awal bulan aritu)..so on thursday,aku dah plan nak keluar jenjalan kat KL dengan Lady Gerga..yang kebetulan juga sedang bercuti dan pulang dari Monggolia..sajer nak menjengah dunia luar sekali sekala.Boleh gak cuci2 mata tengok aksi2 'anak2 ikans, Ciktan2 kendu, cik Gayah2 berangan'..yang berpeleseran kat mall2 tew.




Aku tak pernah merasai kemeriahan hari sebelum x'mas..masa kecik2 dulu aku x'mas sebab cuti am..siaran tv lebih awal, dan lebih banyak citer kartun...

Weolls just jenjalan kat area Sg.Wang Plaza, Pavilion kat Bukit Bintang, lepak kat Starbuck Berjaya Times Square..having brekpes cum lunch kat Pizza Hut,walaupon aku tak taste dengan Pizza tapi aku ikut jer Lady Gerga nak makan apa.Plan sajer nak menemani Lady Gerga bershopping..tapi ujung2 aku jugak yang berhabis duit (walaupun sedang kedintisan).Yang sadisnya setiap item yang kaler kuning aku nak sambar..dapat jugaklah satu cardigan dan kasut beserta hp case yang berwarna kuning diraja...



Aku jugak plan ingat nak lepak Sunway rumah Kak Roy tapi last minute dia ader hal la pulak..Mak Hayam Amy chan balik JB (Janda Baik) pulak..tapi aku tak kesah cos'aku buleh balik semula ke Bentong.

Dah puas berpeleseran kat KL tue dalam pukul 4 something weolls pun melangkah pulang cos dah penat sangat..almaklumlah bukan kaki jalan..biarpun tengah dntis tapi aku tak berkira sebanyer bukan selalu pun dapat kuar hjalan2 dengan kawan2.
Macasm biasa kalau ke KL aku takkan lepaskan peluang untuk menapau Sushi (My feveret yang unagi dan squid..tew) dan nak try sangat kuih Dorayaki yang Doraemon dok suka sangat tew..walaupun harga dia unreasonable sangat then taklah sedap mana pon...buleh dapat lagi murah kalau bukan di ISETAN.



Dec 16, 2009

Layan Pelawat uolls....

Baru jap tadi Library aku dilawati oleh pelawat2 dari SMK Dato'Mansor,Bahau,N9..apa lagi uolls, boleh cuci2 matalah tengok 'anak2 ikan'..tapi nan adoo..bolehlah..



Biasa pelawat2 dari luar negara macam Oman,Korea,Vietnam, New Zealand yang aku layan tapi ni firstime layan pelawat2 dari kalangan budak2 sekolah..






tengok bebudak ni..teringat aku zaman kegemilangan aku sewaktu remaja..erm,gemilanglah sangat kenn..diam tak diam dah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan alam persekolahan..dan yang paling aku rindui kenangan time duk hostel..oops! motip sangat..


verangan nak uniform sekolah macam ni uolls..
Sekarang aku dah kerja..(well kerja tetaplah) dengan gomen..dah achieve something to be proud of..cuma soal pasangan hidup jer yang masih complicated..tapi takperlah..mak kan 'career woman' kekdahnyerr uolls.
Time practice Koir dah tiba..tak sabar nak meng'sumbang'kan sore aku yang tahap soprano ni..adoii dan2 nak memerut plak..ok chauu!!!



Dec 6, 2009

Refleksi staff 2009..

Ikutkan hati memang aku taknak ikut sangat program ni..dahlah melibatkan sabtu ahad ( tak sanggup nak miss drama korea feveret aku huhu )..jalan jauh sangat sampai ke utara..memang aku tak berapa gemar.Tapi kalau tak pergi kena buat surat tunjuk sebab bagai..dan dengar2nya tuan pengarah baru ni straight sangat..even orang yang buat alasan 'anak takder orang nak jaga' pon kena riject..maka terpaksa lah dengan berat hatinya aku turut join sama..So Khamis,3hb lepas aku pon bertolak bersama2 rombongan Cik Kiah..menuju ke Jitra,kedah..masuk ni dah kali ke3 aku pergi ke Cawangan utara ni..tapi belum pernah lagi merasa nginap kat hostel yang baru siap..memang currlast uoll dari hostel tempat aku yang dah kelihatan agak2 usang tu..

Hari pertama sampai tak buat apa2 just jalan2 kat area sekitar jerk..cos keesokan harinya weolls ader trip ke Pulau Langkawi..yess,sebab ader trip ni jer yang buat aku gigih nak ikut sama..lagipun dah lama aku pingin nak shopping kat sana since aku pun tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Pulau Lagenda Mahsuri ni..

4hb..seawal jam 6pagi weolls bertolak ke Jeti Kuala Perlis denagn 2 bijik bas..yang mana dah muak pergi Langkawi tu theyolls pakat nak pergi Padang Besar..Aku ofcos exited sangat nak ikut pg Langkawi..kalau tak ikut trip ni pun aku memang dah berhajat nak ajak Zul Kacak bawak aku jenjalan kat Langkawi.



Dalam pukul 10 baru sampai ke destinasi..semua ahli rombongan kena buat kumpulan seramai 6orang untuk sewa van dan aku pilih untuk join kumpulan makcik2 dan kakak2..hehe dengan diorang aku lebih selesa untuk bershopping..sewa van dikenakan sebanyak rm20 untuk 4 jam ..setiap sorang tapi kena bayar extra rm5 cos lebih had masa yang ditetapkan..tapi tak kisahlah janji puas berjalan dan puas berhabis duit..


First2 weolls pg tengok LIMA kat Awana Porto Malai..takder apa2 yang menarik kat sana cuma pertunjukkan Maritim yang aku rasa hanya menarik minat kanak2 ribena jer..then lepas lunch..yang adooo tu, baru weolls memulakan misi menjana ekonomi negara..( apa lagi shopping lerr uolls ).memula kat Haji Ismail Group then Idaman Suri la..sampai tak muat tangan..even masa sampai ke Jeti Kuala Perlis abang imigressen dah siap panggil..kaget jugak ingat dia nak kenakan cukai sampai seratus tapi rupa2nya dia tanya barang2 aku tu lebih dari seratus atau tak..aku jawablah tak tapi sebenarnya dah beratus2 dah nilainya.akhirnya aku dilepaskan tanpa sebarang cukai..


5hb..program refleksi dipercepatkan sampai ke tengahhari jerk cos semua plan nak buat 'Benchmarking'..kat Pekan Rabu,Alor Setar..tempat ni aku dah biasa singgah tapi tetap taknak melepaskan peluang untuk membeli dan membelahkan duit aku sekali lagi..malamnya pulak ader makan2 special sikit walaupun makanan dia nan adoo jerr..siap ader cabutan bertuah dan karaoke bagai..sajer nak fun2 kekdahnyer..tapi aku dah blah awal cos penat,kenyang..dan nak packing2 barang..tak sabar nak balik keesokkannya.


6hb,sambungan program refleksi sikit then ucapan penutup oleh pengarah cawangan utara..sempat singgah pusat sumber kat sana jumpa member since hari ahad kat Kedah dah start kerja..lam kul 12.00 pas lunch weolls bertolak balik..sampai Ke Genting seelok Maghrib..sakit2 pinggang aku ngangkut barang2 nak balik rumah..siot jer pak driver tue taknak masuk ke area rumah aku dah lah jalan nak kerumah tue berbukit.

Sampai rumah pas berehat2 jap..then Sahrin ( housemate aku ) tanya aku samada aku ader hilang barang tak dalam bilik..sebab dia cakap,duit2 syiling dengan jajan2 dia lam almari cam dah dirampok orang.Cepat2 aku chek,baru perasan duit syiling aku setabung hilang dan aderlah barang yang agak2 berharga jugaklah..pon hilang sedangkan aku dengan yakin kat mana kedua2 benda tue aku letak..

Suspek tak lain tak bukan,si Gergasi (sepupu si Ateh yang sajer datang menumpang,kebetulan saiz badanya meman macam gergasi) punya kerja..dah lah memang berwajah suspek dan secara logiknya hanya dia sajer yang duduk kat rumah sepanjang ketiadaan weolls..biasalah orang kalau dah ludah takkan nak jilat balik kan..dia pun dengan komfiden menafikan tuduhan2 weolls..nak cakap lebih pun tak guna cos takder bukti tapi kalau orang dah nak mencuri tentu panjang akalnya walau bilik 2 dah berkunci mangga bagai..

Memula Sahrin tanya Ateh..aku tengok Ateh dah nak ngamuk siap capai batang besi nak hempok sepupu dia yang lebih gerga dari dia tue..takott gak..aku kalau buleh taknak hal ni dipanjangklan sampai ke pihak berkuasa paling tidak ke pengetahuan jiran tetangga..nasib baik hal ni dapat diselesaikan secara diplomasi dan mungkin Ateh rasa bertanggungjawab lantas dengan rela hati nak menggantikan balik nilai2 yang telah hilang tu..aku pon berat hati gak tapi suspek tue sepupu dia dan dia yang bawak masuk kat rumah weolls,walaupon secara polisinya tak dibenarkan bawak orang luar tinggal..well tengoklah kalau dia betul2 nak ganti..takkan aku nak tolak duit kan..dengarnya si gergasi tu pun dah nak blah hari ni..ermm motip sangat kenn??

Biarlah perkara ni dijadikan tauladan buat Ateh..dan semua housemate aku,even sedara sendiri pon buleh buat taik..err kalau dia betul2 salah lah..tapi persoalanya hanya dia sajer yang berada di rumah...takkan toyol kot??berbalik pada cerita refleksi tadi,dalam taknak2 pergi last aku enjoy jugak..biar habis duit beribu riban pon janji hajat dah lepas..huhu kalau ader lagi trip camni mesti aku pergi!!!