Pasti ramai di kalangan kaum peponens, dan cik2 gayah kat luar sana suka memasak kan..almaklumlah memasak kan kerja orang pompuenn...Tapi bagi aku sama ada lelaki ataupun perempuan, memasak merupakan kemahiran hidup yang rugi kalau tak dipelajari..
Memasak jugak merupakan salah satu di antara hobi aku..Sejak kecil dan tanpa dipaksa, naluri suka pada hobi yang satu ni datang secara semulajadi.Lebih-lebih lagi aku memang jenis manusia yang kuat melantak..dan suka try masakan2 yang lain dari lain..asalkan halal sudah semestinya kann.
Antara faveret selebriti chef aku..
Chef Wan..sudah semestinya, suka tengok gaya dan aksinya yang becok.tapi kalau bab masakan..aku rasa tak sesuai kott dengan selera aku.
Chef mail dan Madam Florence
Chef Mail kalau ajar masak, banyak bagi petua-petui..Madam florence pulak, boleh belajar masakan Baba Nyonya..
Nigella Lawson yang setiasa ghairah semasa memasak..
Kylie Kwong
Bobby Chin..World Cafe asia.
Start darjah 1-2 aku dah layan rancangan-rancangan memasak kat tv..Kuali kat Tv3 dulu di antaranya..siap aku hafal masa dan hari segala.bagi aku menonton rancangan masak-memasak boleh diumpamakan macam menonton citer kartun...
Selain tew aku suka benor belek2 majalah2 perempuan yang kakak2 aku beli..especially ruangan resipi..Kalau ada masa dan cukup bahan2nya aku try jugaklah then sometimes aku suka berexperimentasi bila aku memasak..try, campur bahan ini, bahan itu..then lihat dan rasa risult dia macamana..
Kat tv pun dah siarkan berbagai2 jenis program memasak..ada yang khas untuk golongan bujang lah, masakan kampung, masakan western bagai..nak2 lagi saper yang ader ASTRO, boleh layan AFC atau DISCOVERY Travell & Living..khas bagi viewer yang gemarkan program2 masakan Asia mahupun antarabangsa..
Kat Kuaters yang aku duduk bersama2 'anak-anak ikans' aku tew..ahakks!! aku lerr yang jadi ketua chef..theyolls cuma membantu apa yang patut..aku tak keysah sebab apa yang aku buat atas dasar minat dan nak penuhkan tembolok aku sendiri..nak harapkan theyolls takat goreng telor dan ikan..bolehlah..itupun belum tentu lagi sedap dan dapat diterima oleh tekak aku sendiri.
Kalau nak cakap terer sangat memasak itu, takder lah..asal boleh makan jer..Tapi bagi aku kemahiran memasak sama pentingnya dengan kemahiran memandu..( err, motipp?? pe kaitannya masak dengan driving??) ialah, sekarang ramai perempuan tahu memandu..tapi kenapa masih ramai lelaki2 yang tak tahu memasak?? macam itulah kekdahnya uolls..
No comments:
Post a Comment